Monday 20 January 2014

RUPA: anugerah vs ujian?

orang kata muka cantik tu anugerah.....kelebihan diri yg jarang2 ada. haha entri ni bukan bertujuan utk mengatakan diri sendiri cantik cuma ingin membicarakan topik ni secara general.
 aku cantik? sebenarnya kecantikan tu ada banyak jenis definisi..lain org lain cara mereka mengekspresikan kecantikan itu. ada org kata kecantikan tu lebih ke arah dalaman. ada yg kata faktor dalaman dan luaran penting. sama rata. dan ada yg kata kecantikan luaran yg penting semata-mata. bergantung kepada individu tersebut.

tp ketahuilah kecantikan rupa itu juga ujian. ujian untuk kita tidak riak dengan pujian, pandangan org terhadap kita. aku tidaklah cantik. tapi dengan rupa yg diberikan oleh Allah (alhamdulillah) adakalanya aku sendiri teruji. ingin sentiasa berhias untuk mendapatkan pujian orang. adakalanya aku tergelincir dari landasan itu. kadang kala juga rasa bersalah menjelma bila para lelaki mula mendekati untuk berkenal-kenalan. jadi kita kenalah sentiasa beringat. kalau aku mmpu untuk berniqab da lama pakai. tp entahlah, hati belum terbukak. semoga nnti aku akan juga kearah itu. :)

so beautiful 

p/s: 
dah habis baca novel BKATC(bukan kerana aku tak cinta). melihat diri Mastura, semua mengingatkan aku kepada diri aku 2 tahun stgh yg lalu. aku juga mogok lapar kerana seorg lelaki yg di'reject' oleh umi abah. cuma aku tak sehebat Mastura yg memperjuangkan cintanya smpai berjaya. aku tak mampu. haih, mengapa diingatkan perkara yg hanya menambah luka di hatii? pergilah kenangan. :) 

Tuesday 24 December 2013

pengalaman mematangkan kita

assalamualaikum...

hampir sebulan lebih setelah aku naik entry haritu...btw. alhamdulillah. abg bot tidak lagi menghantar mesej @whatsapp lagi...mungkin bahagia barangkali. :) adakah aku sedih?

hmmm....susah utk diterangkan perasaan sebenar. apepn aku takkan kacau hidup dia lagi. biar aku hidup dlm kenangan kami.. jauh dlm sudut hati aku..

entah kenapa hampir 3 tahun berlalu. dia tidak hilang sepenuhnya dlm hati aku walaupun perpisahan kami amatlah tragis. tiada sedikit perasaan benci lgsung dlm hati walaupun pelbagai kata kesat telah dilemparkan kepada aku.  mungkin aku susah utk benci seseorg. yeah, aku mengikut prinsip kata2 umi aku yg jika org buat jahat kat kita, kenangla baiknya. nescaya kita akan sentiasa rasa kasih kepada dia.

sekarang aku difinal year sbg student ijazah muda pendidikan kimia. ada tggal satu sem shj sebelum graduate. baru2 ni. aku telah berjaya menamatkan latihan mengajar di SMK dato panglima perang kiri (SMKDPPK) di Tapah, Perak. menjalani liku2 hidup sebagai seorg guru pelatih amat mencabar kesabaran aku. melayan segala kerenah anak2 murid, guru2 veteren dan pihak pentadbir mahupun makcik cleaner dan abg kantin. HAHA kene mengurat dgn pelajar2 tu adalah perkara biasa. tp sbg seorg guru, semua tu tak membantutkan diri utk terus mengajar dengan penuh jayanya. haha aku aggap mereka seperti adik2 aku sendiri. disebabkan hanya 4 org shaja guru praktikal di sekolah tu. maka aku antara yg paling popular di situ. terutamanya dlm kalangan pelajar2 dan guru lelaki. =,=

dan nama panggilan aku disekolah adalah.....................................................CIKGU COMEL. (sy tak perasan ok. :P)

saat latihan mengajar smpai ke saat2 akhir, kami disambut dgn jamuan perpisahan dan sedikit cenderamata dari pihak sekolah. dan sekarang aku di tg malim menguruskan final year project yg sgt menduga aku mengorbankan masa dan wang ringgit. hmmm. tak sabar nak habis kan fyp ni...

about encik nescaffe. aku masih menunggu dan terus menunggu. keluarga da tnya2. aku tak mampu berbuat apa2. tp aku memberi masa sehingga bulan februari 2014.dan jika dia gagal, maka aku akan pilih org lain. siapa org tu? hanya aku dan Allah je yg tau. tp aku mohon...dia takkan kecewakan aku..:(
walaupun aku tau aku tak mmpu. tp smpai bila nk berada di tahap ni? hampir 2 tahun stgh kami berkawan......aku mahukan ikatan seterusnya.  semoga dia berjaya merealisasikannya. amiiiinn.


bercuti di Cameron Highlands :) tak rancang pun. 


one of my students. so cute kan?
 Hari Santai Mesra Kelab Guru. hihi 

 teacher pun haruslah berselfie. :P

 attend one of my school friend's wedding. da dewasa da semua. :)

 membuat kajian mengenai ekstrak daun gaharu. huhu

 sepupu-sepupu di johor. masa raya aidilfitri yg lalu

guru-guru praktikal di SMKDPPK :) dari atas kiri: saya, cikgu linda, cikgu syafiqa dan cikgu syafinaz

Saturday 30 November 2013

utk TERAKHIR kali.

salam.....
saat ni..hanya Allah je tahu cmne perasaan aku. 
sedih, kecewa, gembira, bahagia. semuanya menjadi satu. satu rasa. yg terlalu menyesakkan dada.
abg bots aka mr nizam telah selamat menjadi suami kepada isterinya semalam. act aku dah lama tau dan aku tau lama2 aku akan hadap juga perkara ni. dan hari ni dia melangsungkan kenduri di rumah pihak perempuan. dan aku dijemput. ya Allah, tah knp hati aku meronta2 utk pergi. walaupun aku tau hati aku akan sakit dan kecewa bilaa tgok mereka berdua. 

sebelum majlis akad nikah.. pagi2 dia da msej aku. tanya betulke keputusan dia utk berkahwin. dan aku seperti biasa. mmberi nasihat, mententeramkan perasaan dia. dan sempat juga dia berkata yg dia sayangkan aku dan dia mengaku masih tak dpt lupakan aku. hmmm dan mulalah perasaan aku. sebak, sedih, mengenangkan kenangan2 kami dulu.

perhubungan tanpa restu. begitulah hubungan kami. dan pengakhirannya sgt tragis. aku? hanya airmata jadi peneman. aku mengaku, dlm hati ni masih ada wajah dia. bibir kata tiada tp hati? masih ade wajahnya. dia org yg pertama aku mengaku menyimpan perasaan pdnya. aku suka dlm diam. dan tanpa disangka dia pn mempunyai perasaan yg sama terhadap aku. perkenalan kami berjalan bahagia selama beberapa bulan sehingga lah umi abah aku dpt menghidu keseriusan kami dan mula menunjukkan perasaan kurang enak dan tidak suka. 

tp masa tu aku degil. aku diam kan perkara ni. dan pada suatu masa, disebabkan salah satu kesalahan kami, abah telah meminta dia meninggalkan aku jika dia betol2 sygkan aku. mmg aku hanya buat taktau mse tu, still jumpa diam2 bila di tempat kerja. tp dlm hati, aku berperang dgn pelbagai2 jenis perasaan. aku muda, 19 tahun. antara umi abah dan dia. dpt agak spe yg aku akan pilih. sudah tentu ibu bapa aku. dan aku sedar. tiada guna meneruskan hub ni. tanpa rela, aku sedikit demi sedikit meninggalkan dia. :'(

kebetulan masa tu, ade seorg lelaki tampan dtg dan aku melupakan kesedihan tu dgn berkawan dgn dia yg sekarang menjadi teman hidup aku. dan sejak bulan julai 2011, hubungan aku dan abg bots sudah tiada. ttp smpai ke hari ni. dia tidak pernah berhenti bertanya khabar. sama ada melalui fb, sms, we chat dsb. 

wish birthday, wish raya, hantar kad raya, hadiah birthday, dia akan bagi. terlalu baik dan bagaimana aku mampu melupakan dia. :"(

ble dia jumpa dgn seseorg yg skrg menjadi suri hatinya, aku lega. dia da mengecapi kebahagiannya yg selama ini penuh derita disebabkan aku. hmmm thanks,kak. :) 
dia sempat juga menghantar lakaran gambar kartun aku yg dikatakan karya terakhirnya. dan awk, speechless. sgt comel. thanks. *nangis*

Allah makbulkan doa sy awk.. :) sy harap sgt bila sy dtg td, sy akan jumpa awk. dan awk pn mesej sy smlm yg awk akan tggu sy. 
td waktu sy smpai, awk tgh berarak brsama dgn rombongan awk. dan tmpat makan sy betul2 di hadapan tmpat awk bersanding. sy dpt tgok wajah awk. tp knp awk pandang sy dgn wajah yg sedih. :( awk pun buat sy rasa sedih. sy tak mmpu pandang awk lama2. dan sy tak duduk lama. tak sggup. aula pn kata begitu juga. dia sendiri rasa sedih ble lihat wajah awk. (balik2 je, sy terus nangis. sbb sy tau lepasni sy dah tiada dlm diari hidup awk)

awk, sy rasa td kali terakhir sy lihat awk. sy taknak ganggu awk lgi. biarlah sy lihat awk dri jauh. doakan awk dari jauh. itu lebih baik.. semoga bahagia awk. cerita kita sejarah. apa yg berlaku di masa depan hanya Allah yg tahu. 

dan dgn lafaz bismillah, sy lepaskan awk. pergilah kejar kebahagiaan awk. :)

"ntahla awk, bila fikir2 balik mmg sedih, tuhan je tau betapa sy terlalu inta dan kasihkan awk, nak hidup bahagia bersama awk, tp takdir  memihak kepada kita"
"taktau la rasa rindu pd awk mengatasi segalanya.. sayu hati ni. kenangan bersama awk susah sy nk lupakan"
"taktau sy nk nk ckp mcm mana wak. tuhan je tau perasaan sy terhadap awk. insan yg berjaya buka hati sy."
"sy sayang awk. semoga awk dpt jodoh yg terbaik dan menjaga awk hingga ke akhir hayat"

ya Allah, tabahkan hati kami. hilangkanlah rasa sedih kami. dan Kau berikanlah kebahagiaan yg sebenar- benar kepada dia dan keluarganya. :')

p/s: entry ini mmg pnjg. khas utk awk. 26/6/2010 Gio-bila cinta. 

Saturday 15 December 2012

newborn?

5 tahun kemudian.......





haha lawak je. ==' lama gilaa tak update blog yg tah pape ni. :P
sepanjang tu juga mcm2 yg jadik dlm hidup aku. oh ye, mr casual worker sy dah mula bekerja di shah alam. :)
so, dia sedang melangkah ke step yg seterusnya and aku pula masih ada baki 3 sem utk dihabiskan. PHEWWW. (penat)

hubungan kami juga da hampir ke fasa yg seterusnya. rancang utk bertunang bulan 2 2013 tp cancel last minit atas sebab2 tertentu. aku kecewa tp maybe ada hikmahnye. apepn, aku sentiasa berdoa agar urusan kami dipermudahkan dan dipercepatkan. bila umur menginjak ke angka 22 ni, hati utk berumah tangga makin kuat. heeee apa lg, 2 org classmates aku da pn menjadi isteri org.
kalau boleh taknak kawan lama2 sgt sebab mengenali pasangan sewaktu berkawan dan selepas kahwin sgt lain.

tahun ini juga menyaksikan aku cuba utk berubah ke arah yg lebih baik. pemakaian aku, aku nk jaga dan alhamdulillah sehingga ke hari ni, semakin ok. memang perit sebb ada je hasutan yg boleh melemahkan aku, aku harap dpt berubah ke arah lagi baik. :) doakan aku

oh ye,
dalam sekelip mata je da bulan 12 tahun 2012 . tak lama lagi masuk tahun 2013 dan buku baru akan dibuka.
sekejapnya masa. tahun 2013 ada byk planning utk aku dan family dan harap semuanya berjalan dgn lancar.

our date kat snow walk,ict, shah alam. kejang kaki msuk dlm ni. -,- sejuk tahap gaban


yeay! nampak tak 'kegirangan' aku dlm gambar ni. bukan senang nk amik gambar kandid  aku tau! (bajet)


ok, nk teruskan berstudy week ni. -,- sem ni mencabar betul subjek minor aku. haih, tp, utk org2 kesayangan aku especially my abah, umi, abg syafiq, dan siblings, i'll fight for my exam. XD
penguat semangat di kala aku sedih, kecewa, gembira dan semua la.
truly honest,
IRENEAMIRAH

















Thursday 7 June 2012

exam fever.

alhamdulillah...dah lepas 3 paper...dan aku berpuas hati dengan apa yg aku jwb walaupn xconfirm lagi A dalam tgn...ada lagi 3 paper lagi untuk dihadap.. dan aku ada masa lebih kurang 6 hari untuk prepare...harap2 boleh..AMINNN.. xnkla drop pointer aku yg xberapa nk kelas pertama sangat tu...huhu hope sem ni bleh perform n dapatkan tinggi skit dari sem lepas...inshaAllah. Umi, doakan dayah ye.. :)
minggu2 exam ni tido pn xmenentu..makan pn sama.. setiap saat aku rasa sangat berharga (eleh, padahal nset xlekang dari tgn..puiiihhh!) HAHA so, ada lagi 10 hari berada di Tanjung Malim yg disayangi ni sebelum cuti sem lama..tp xselama tahun lepas...sobsob. nk keje lelama pn xleh..
saat ini, ceeewaahh ayat puitis siot.. rasa cm da tepu nk study.. dok borak2 ngan roomate dan housemate sampai dah lupa tgh study... dahla lambat mula td sbb ada hal dalam umah kitorg..kesian kwn aku tu...selalu kene ganggu dengan makhluk2 halus.. td pn kene..tp kitorg dapat mencoolkan diri sebb xteruk mcm sebelum2 ni. kali ni sekejap je dpt keluar.. alhamdulillah syukur, ya Allah.. thanks untuk saudara Fadhlan iaitu student UPSI gak yg membantu kitorg merawat kwn kami.. hanya Allah yg dapat membalasnya.
sem depan maybe aku pindah umah lagi in case klo xdpt penempatan di kolej. adoiii, dengan brg banyak lagi xkemas...td pn da kemas skit2..
banyak lagi yg xstudy ni..jeles tengok org lain yg study memanjang..rasa tercabar tp ble da dok ngadap buku tu..ade je yg membuat aku hilang fokus...contohnya, FB, blog2 hiburan, movie dsb. hehe ceh...padahal tu semua bergantung kat diri aku. kahkah ketawakan diri sendiri. ==' ok, selamat malam! eh, salah selamat awal pagi.. :))

"awk, saya xtau kenapa ble sy tengok blog awk, hati sy terusik walaupn bende tu dah lama berlalu..hmmm dan xtau npe sy rasa sy xsepenting dia dalam hati awk. maafkan sy sebb rasa cmtu. :( "

Wednesday 30 May 2012

di hari bahagia

huhui..terasa bertahun xmengupdate blog. padahal bru bpe bulan je..wakaka.
entah..xde idea dan xtahu apa yg nk ditulis.
kehidupan sekarang?
ok. biasa. tiada apa perubahan cuma agak stress dengan subjek2 kimia yg semakin mencabar minda..ditambah dengan subjek major yg xpernah dijumpai sebelum2 ni.
kwn2? mcm biasa, sentiasa berseorangan even ada je kwn2 coursemate yg sentiasa willing to help. tp. entahlah..
xsama mcm shafiqa, fatin, zirah dan even hush...mereka kwn2 terbaik saya..
ntah bila dpt jumpa kawan2 mcm tu lagi.
tp. its ok...kne mengadap lagi 3 sem shj.. :) oh, cepat betul masa berlalu. mcm baru semalam je ambil exam SPM. (bajet mudalahhh tuuuuu :P)
dan xsmpai lagi seminggu, bakal menamatkan sesi semester 4. so, tgh ber'study' week la ni. #study la sangat kan..
oh ye, berbalik kepada tajuk entry di atas..
 hari bahagia. 
setiap org ada hari bahagia yg bakal org lalui.. xkira lah masa hari perkahwinan, pertunangan, graduasi, dan mcm2 lah lagi.. ok,mengarut.
act aku dan family baru shj attend majlis pertunangan sepupu di JB. :)
sepupu saya yg comel dan shantekkk, NUR SHAKIRA AZMAN. dengan pasangan tunangnya MUHAMAD FUDHAIL.
makcik aku buat majlis besar-besaran. maybe sebb hanya ira sorg je anak perempuan yg dia ada. so, dah tentu dia nk jadikan ini best moment untuk family dia. :D dan, it works.
best sgt spend mse pasang pelamin yg comel. sediakan gubahan hantaran smpai pukul 3 pagi dengan sepupu2 yg lain. dan di bwh adalah gambar2 semasa majlis berlangsung.. :)

 ira dan kak hana
 sebelum majlis berlangsung
 selepas di make over oleh 'mak fifi' :P
 ambil berkat HAHA
 sesi menyarung cincin
 antara hantaran dari pihak lelaki dan perempuan
 ibu pengantin :P dan mak tok yg agak kurang sihat pd hari kejadian.

yg ni plak. berangan2 je...haha kesian2. -_-'

meriahkannn?? even rumah makcik aku tu agak terhad ruang untuk ramai org, tp itu lah yg best sebenarnye. hehe ok, pesanan penaja untuk tunangan org..
"dalam waktu ikatan sementara ini, perbaiki diri sebelum menjadi isteri org nnti. insyaAllah dipermudahkan." :)
rasa excited je bila cerita bab2 ni...my turn?? hmmm, maybe lambat lgi.. tggu la anak raja masuk meminang.. buat kenduri 3 hari 3 malam youuu. HAHA berangan lagi. syabas!
aku? biarlah dulu...si dia xlebih2.xkan aku pulak yg terhegeh2. kan? ape2 pn aku doa yg terbaik utk kami.. moga Allah percepatkan jodoh kami..AMIN. so, itulah cerita aku di hari bahagia. :D bubbye.


Thursday 2 February 2012

muhasabah diri part 1

    "Dambakan imam muda, didiklah diri menjadi makmum muda.Dambakan putera puteri agama, didiklah diri menjadi permaisuri agama."