Saturday 30 November 2013

utk TERAKHIR kali.

salam.....
saat ni..hanya Allah je tahu cmne perasaan aku. 
sedih, kecewa, gembira, bahagia. semuanya menjadi satu. satu rasa. yg terlalu menyesakkan dada.
abg bots aka mr nizam telah selamat menjadi suami kepada isterinya semalam. act aku dah lama tau dan aku tau lama2 aku akan hadap juga perkara ni. dan hari ni dia melangsungkan kenduri di rumah pihak perempuan. dan aku dijemput. ya Allah, tah knp hati aku meronta2 utk pergi. walaupun aku tau hati aku akan sakit dan kecewa bilaa tgok mereka berdua. 

sebelum majlis akad nikah.. pagi2 dia da msej aku. tanya betulke keputusan dia utk berkahwin. dan aku seperti biasa. mmberi nasihat, mententeramkan perasaan dia. dan sempat juga dia berkata yg dia sayangkan aku dan dia mengaku masih tak dpt lupakan aku. hmmm dan mulalah perasaan aku. sebak, sedih, mengenangkan kenangan2 kami dulu.

perhubungan tanpa restu. begitulah hubungan kami. dan pengakhirannya sgt tragis. aku? hanya airmata jadi peneman. aku mengaku, dlm hati ni masih ada wajah dia. bibir kata tiada tp hati? masih ade wajahnya. dia org yg pertama aku mengaku menyimpan perasaan pdnya. aku suka dlm diam. dan tanpa disangka dia pn mempunyai perasaan yg sama terhadap aku. perkenalan kami berjalan bahagia selama beberapa bulan sehingga lah umi abah aku dpt menghidu keseriusan kami dan mula menunjukkan perasaan kurang enak dan tidak suka. 

tp masa tu aku degil. aku diam kan perkara ni. dan pada suatu masa, disebabkan salah satu kesalahan kami, abah telah meminta dia meninggalkan aku jika dia betol2 sygkan aku. mmg aku hanya buat taktau mse tu, still jumpa diam2 bila di tempat kerja. tp dlm hati, aku berperang dgn pelbagai2 jenis perasaan. aku muda, 19 tahun. antara umi abah dan dia. dpt agak spe yg aku akan pilih. sudah tentu ibu bapa aku. dan aku sedar. tiada guna meneruskan hub ni. tanpa rela, aku sedikit demi sedikit meninggalkan dia. :'(

kebetulan masa tu, ade seorg lelaki tampan dtg dan aku melupakan kesedihan tu dgn berkawan dgn dia yg sekarang menjadi teman hidup aku. dan sejak bulan julai 2011, hubungan aku dan abg bots sudah tiada. ttp smpai ke hari ni. dia tidak pernah berhenti bertanya khabar. sama ada melalui fb, sms, we chat dsb. 

wish birthday, wish raya, hantar kad raya, hadiah birthday, dia akan bagi. terlalu baik dan bagaimana aku mampu melupakan dia. :"(

ble dia jumpa dgn seseorg yg skrg menjadi suri hatinya, aku lega. dia da mengecapi kebahagiannya yg selama ini penuh derita disebabkan aku. hmmm thanks,kak. :) 
dia sempat juga menghantar lakaran gambar kartun aku yg dikatakan karya terakhirnya. dan awk, speechless. sgt comel. thanks. *nangis*

Allah makbulkan doa sy awk.. :) sy harap sgt bila sy dtg td, sy akan jumpa awk. dan awk pn mesej sy smlm yg awk akan tggu sy. 
td waktu sy smpai, awk tgh berarak brsama dgn rombongan awk. dan tmpat makan sy betul2 di hadapan tmpat awk bersanding. sy dpt tgok wajah awk. tp knp awk pandang sy dgn wajah yg sedih. :( awk pun buat sy rasa sedih. sy tak mmpu pandang awk lama2. dan sy tak duduk lama. tak sggup. aula pn kata begitu juga. dia sendiri rasa sedih ble lihat wajah awk. (balik2 je, sy terus nangis. sbb sy tau lepasni sy dah tiada dlm diari hidup awk)

awk, sy rasa td kali terakhir sy lihat awk. sy taknak ganggu awk lgi. biarlah sy lihat awk dri jauh. doakan awk dari jauh. itu lebih baik.. semoga bahagia awk. cerita kita sejarah. apa yg berlaku di masa depan hanya Allah yg tahu. 

dan dgn lafaz bismillah, sy lepaskan awk. pergilah kejar kebahagiaan awk. :)

"ntahla awk, bila fikir2 balik mmg sedih, tuhan je tau betapa sy terlalu inta dan kasihkan awk, nak hidup bahagia bersama awk, tp takdir  memihak kepada kita"
"taktau la rasa rindu pd awk mengatasi segalanya.. sayu hati ni. kenangan bersama awk susah sy nk lupakan"
"taktau sy nk nk ckp mcm mana wak. tuhan je tau perasaan sy terhadap awk. insan yg berjaya buka hati sy."
"sy sayang awk. semoga awk dpt jodoh yg terbaik dan menjaga awk hingga ke akhir hayat"

ya Allah, tabahkan hati kami. hilangkanlah rasa sedih kami. dan Kau berikanlah kebahagiaan yg sebenar- benar kepada dia dan keluarganya. :')

p/s: entry ini mmg pnjg. khas utk awk. 26/6/2010 Gio-bila cinta.