Tuesday 24 December 2013

pengalaman mematangkan kita

assalamualaikum...

hampir sebulan lebih setelah aku naik entry haritu...btw. alhamdulillah. abg bot tidak lagi menghantar mesej @whatsapp lagi...mungkin bahagia barangkali. :) adakah aku sedih?

hmmm....susah utk diterangkan perasaan sebenar. apepn aku takkan kacau hidup dia lagi. biar aku hidup dlm kenangan kami.. jauh dlm sudut hati aku..

entah kenapa hampir 3 tahun berlalu. dia tidak hilang sepenuhnya dlm hati aku walaupun perpisahan kami amatlah tragis. tiada sedikit perasaan benci lgsung dlm hati walaupun pelbagai kata kesat telah dilemparkan kepada aku.  mungkin aku susah utk benci seseorg. yeah, aku mengikut prinsip kata2 umi aku yg jika org buat jahat kat kita, kenangla baiknya. nescaya kita akan sentiasa rasa kasih kepada dia.

sekarang aku difinal year sbg student ijazah muda pendidikan kimia. ada tggal satu sem shj sebelum graduate. baru2 ni. aku telah berjaya menamatkan latihan mengajar di SMK dato panglima perang kiri (SMKDPPK) di Tapah, Perak. menjalani liku2 hidup sebagai seorg guru pelatih amat mencabar kesabaran aku. melayan segala kerenah anak2 murid, guru2 veteren dan pihak pentadbir mahupun makcik cleaner dan abg kantin. HAHA kene mengurat dgn pelajar2 tu adalah perkara biasa. tp sbg seorg guru, semua tu tak membantutkan diri utk terus mengajar dengan penuh jayanya. haha aku aggap mereka seperti adik2 aku sendiri. disebabkan hanya 4 org shaja guru praktikal di sekolah tu. maka aku antara yg paling popular di situ. terutamanya dlm kalangan pelajar2 dan guru lelaki. =,=

dan nama panggilan aku disekolah adalah.....................................................CIKGU COMEL. (sy tak perasan ok. :P)

saat latihan mengajar smpai ke saat2 akhir, kami disambut dgn jamuan perpisahan dan sedikit cenderamata dari pihak sekolah. dan sekarang aku di tg malim menguruskan final year project yg sgt menduga aku mengorbankan masa dan wang ringgit. hmmm. tak sabar nak habis kan fyp ni...

about encik nescaffe. aku masih menunggu dan terus menunggu. keluarga da tnya2. aku tak mampu berbuat apa2. tp aku memberi masa sehingga bulan februari 2014.dan jika dia gagal, maka aku akan pilih org lain. siapa org tu? hanya aku dan Allah je yg tau. tp aku mohon...dia takkan kecewakan aku..:(
walaupun aku tau aku tak mmpu. tp smpai bila nk berada di tahap ni? hampir 2 tahun stgh kami berkawan......aku mahukan ikatan seterusnya.  semoga dia berjaya merealisasikannya. amiiiinn.


bercuti di Cameron Highlands :) tak rancang pun. 


one of my students. so cute kan?
 Hari Santai Mesra Kelab Guru. hihi 

 teacher pun haruslah berselfie. :P

 attend one of my school friend's wedding. da dewasa da semua. :)

 membuat kajian mengenai ekstrak daun gaharu. huhu

 sepupu-sepupu di johor. masa raya aidilfitri yg lalu

guru-guru praktikal di SMKDPPK :) dari atas kiri: saya, cikgu linda, cikgu syafiqa dan cikgu syafinaz

1 comment: